Trending Bestseller

Syurga I

Heaven I (Malay)

Jaerock Lee

No reviews yet Write a Review
Paperback / softback
22 March 2018
$21.00
Ships in 3-5 business days
Hurry up! Current stock:

Tuhan Maha Pengasih bukan hanya memimpin setiap orang yang beriman ke jalan penyelamatan tetapi juga mendedahkan rahsia syurga.

Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda, tentu anda pernah tertanya-tanya soalan seperti, “Ke mana saya akan pergi setelah meninggalkan dunia ini?” atau “Adakah syurga dan neraka benar-benar wujud?” 

Ramai orang mati sebelum mereka sempat menemui jawapan bagi soalan-soalan tersebut, atau walaupun mereka percaya akan kehidupan selepas mati, bukan semua orang dapat memiliki syurga kerana bukan semua orang mempunyai pengetahuan yang sebetulnya. Syurga dan neraka bukan suatu fantasi, tetapi realiti di alam roh.

Pada satu sisi, syurga adalah tempat yang sangat indah dan tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa yang wujud di dunia ini. Terutama sekali, keindahan dan kebahagiaan di Yerusalem Baru, di mana terletaknya Takhta Tuhan, yang tidak dapat dihuraikan sepenuhnya kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan terbaik dan dengan kemahiran syurgawi.

Pada sisi yang lain, neraka dipenuhi keazaban berterusan yang tragis dan kekal abadi; realitinya yang dahsyat diterangkan dengan terperinci di dalam buku Neraka. Syurga dan Neraka mula dikenali melalui Yesus dan para rasul, dan sehingga hari ini, ia masih didedahkan secara terperinci melalui hamba Tuhan yang ikhlas beriman kepada-Nya.

Syurga ialah tempat di mana anak-anak Tuhan menikmati kehidupan abadi, dan perkara-perkara yang tidak dapat dibayangkan, indah, dan menakjubkan tersedia untuk mereka. Jadi anda hanya mengetahuinya secara terperinci apabila Tuhan membenarkan dan menunjukkannya kepada anda.

Saya berdoa dan berpuasa berterusan selama tujuh tahun untuk mengetahui Syurga dan mula menerima jawapan-jawapan daripada Tuhan. Kini Tuhan menunjukkan kepada saya lebih banyak rahsia alam roh dengan lebih mendalam.

Oleh sebab syurga tidak dapat dilihat, adalah amat susah untuk menerangkan syurga dengan bahasa dan pengetahuan dunia ini. Mungkin juga berlaku salah faham tentang syurga. Disebabkan hal itu, rasul Paulus tidak dapat menceritakan Firdaus di Langit Ketiga yang dilihatnya dalam suatu penglihatan.

Tuhan juga mengajar saya banyak rahsia tentang syurga, dan selama beberapa bulan saya telah berkhutbah tentang kehidupan bahagia, dan banyak tempat serta ganjaran yang berbeza-beza di syurga berdasarkan kepada ukuran iman. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengkhutbahkan semua yang telah saya pelajari secara terperinci.

Sebab utama Tuhan membenarkan saya mendedahkan rahsia-rahsia alam roh yang diketahui di dalam buku ini adalah untuk menyelamatkan seramai orang yang mungkin dan memimpin mereka ke syurga, yang jernih dan indah seperti kristal.

Saya memberi segala kesyukuran dan kemuliaan kepada Tuhan kerana membenarkan saya menerbitkan buku Syurga I: Sejernih dan Seindah Kristal, satu deskripsi tentang sebuah tempat yang sejernih dan seindah kristal, dipenuhi dengan kemuliaan Tuhan. Saya berharap anda akan menyedari kasih besar Tuhan yang mendedahkan rahsia syurga dan memimpin manusia ke jalan penyelamatan supaya anda juga dapat memilikinya. Saya juga berharap anda akan bergegas mencapai matlamat kehidupan abadi di Yerusalem Baru.

This product hasn't received any reviews yet. Be the first to review this product!

$21.00
Ships in 3-5 business days
Hurry up! Current stock:

Syurga I

$21.00

Description

Customers Also Viewed

Buy Books Online at BookLoop

Discover your next great read at BookLoop, Australiand online bookstore offering a vast selection of titles across various genres and interests. Whether you're curious about what's trending or searching for graphic novels that captivate, thrilling crime and mystery fiction, or exhilarating action and adventure stories, our curated collections have something for every reader. Delve into imaginative fantasy worlds or explore the realms of science fiction that challenge the boundaries of reality. Fans of contemporary narratives will find compelling stories in our contemporary fiction section. Embark on epic journeys with our fantasy and science fiction titles,

Shop Trending Books and New Releases

Explore our new releases for the most recent additions in romance books, fantasy books, graphic novels, crime and mystery books, science fiction books as well as biographies, cookbooks, self help books, tarot cards, fortunetelling and much more. With titles covering current trends, booktok and bookstagram recommendations, and emerging authors, BookLoop remains your go-to local australian bookstore for buying books online across all book genres.

Shop Best Books By Collection

Stay updated with the literary world by browsing our trending books, featuring the latest bestsellers and critically acclaimed works. Explore titles from popular brands like Minecraft, Pokemon, Star Wars, Bluey, Lonely Planet, ABIA award winners, Peppa Pig, and our specialised collection of ADHD books. At BookLoop, we are committed to providing a diverse and enriching reading experience for all.